Who We Are

Inb Enterprise telah ditubuhkan pada 26 JUN 2004. Sejarah permulaan syarikat ini ditubuhkan adalah kerana minat yang mendalam dalam bidang perniagaan terutamanya sektor pembinaan dan pembekalan. Syarikat ini adalah sebuah syarikat kontraktor yang bertaraf BUMIPUTERA dan menjalankan perniagaan dalam bidang kejuruteraan awam serta pembekalan. Pengurusan Inb Enterprise diterajui oleh individu yang berpengalaman serta mempunyai pekerja yang terlatih dan berkemahiran. Mendapat pendidikan di dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Kota Bharu pada tahun 1996 hingga 1999, saya Mohd Harisan Bin Ya selaku pengurus syarikat ini telah menubuhkan Inb Enterprise untuk menyahut dan merencanakan pembangunan yang dimahukan kerajaan. Dengan pengalaman yang ada semasa bekerja dengan syarikat tempatan, saya telah membuat permohonan untuk mendapatkan lesen kontraktor binaan. Inb Enterprise telah mendapat lesen dalan kelas G1 dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Syarikat ini juga, telah mendapat lesen kewangan dari Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Pada tahun 2014 syarikat ini telah menaiktaraf lesen dari kelas G1 kepada kelas G2. Sepanjang memegang lesen kelas G2 syarikat ini telah banyak mendapat tawaran kerja hingga berjaya medapat kepercayaan dari pelbagai pihak. Bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan, pihak syarikat telah pun mendapat kelulusan dari pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan berdaftar sebagai kontraktor yang mempunyai Gred G3 pada awal tahun 2017 dan pada hujung tahun 2017 pihak kami mendapat kelulusan bagi memegang ‘tittle’ kontraktor gred G4 dalam kategori B, CE serta pengkhususan B04, B24, CE21, CE01, CE20, CE10, CE06, CE34, CE36 dan Taraf Bumiputera serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan. Pihak kami berkemampuan untuk melaksanakan kerja-kerja yang bakal diamanahkan kepada kami samaada dari pihak kerajaan mahupun swasta. Walaubagaimanapun, pihak kami masih memerlukan tunjuk ajar daripada pelbagai pihak yang lebih berpengalaman bagi membantu mempertingkatkan lagi kebolehan dan kualiti kerja yang akan dilaksanakan. Inb Enterprise mempunyai matlamat untuk mengembangkan lagi perniagaan pada masa yang akan datang demi menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020 selaras dengan pembangunan 2024. Akhir kata, kami berharap agar pihak kami dapat diberikan peluang yang sewajarnya untuk menunjukkan kebolehan syarikat kami dalam melaksanakan sebarang kerja yang diamanahkan kepada kami mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.


Vision
Komited untuk membangun dan menjadi sebuah organisasi yang berjaya dalam bidang pembinaan, pembekalan dan penyewaan.
Mission
Berhasrat menjadi sebuah syarikat pembinaan, pembekalan, penyewaan dan perkhidmatan yang berkualiti mengikut kerja yang dijalankan.
Goal Objective
Menjadi syarikat pembinaan, pembekalan, penyewaan dan perkhidamtan berdasarkan aplikasi terkini untuk memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan dan juga mempraktikkan pengalaman dan perkhidmatan kepakaran yang ada melalui latihan yang berterusan dan mutu kerja yang konsisten.
Our Team
MOHD HARISAN BIN YA
PENGURUS
MENTAKBIR ORGANISASI SYARIKAT
MOHD HAFIZUDDIN BIN JASNI
PENOLONG PENGURUS
AZEZUL BIN MAT GHANI
PENGURUS PROJEK
NURUL HAZLIN MUHAMMAD ZAWAWI
KERANI AKAUNTAN
SITI AISYAH BINTI SHARIF
KERANI JURUKUR BAHAN
MOHD NASRYZAM BIN ZAHARI
PENYELIA TAPAK
MOHD ZUKI BIN ABDULLAH
PEMANDU LORI TIPPER
Expertise

Products

No Content Available
Explore More >>

Services

Explore More >>
×
No Content Available
×
Certificate
No Content Available
×
Projects
No Content Available
Explore More >>
×
Careers
No Content Available
Get In Touch With US
INB ENTERPRISE
(KT0189535T)
Address:
LOT 458, TINGKAT ATAS, KG BIAH SIMPANG 3 PEROL, , , 16010, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Phone:
019-9881919 , +60199881818

Send Message

For any inquiries, kindly contact us by utilizing the form provided below.